home twitter Facebook Instagram follow

Na Omei..
0 Adorable | Saturday, January 26, 2013 January 26, 2013


Na Omei tu name kucing aku, hahaha! ingat tak dulu ade citer Na Omei yang elly mazleen berlakon tu? kitorang amik name tu la sempena kucing baru kitorang. hihi.. kitorang amik omei ni kat kampung 2 tahun lepas. time tu pak cik aku kawin, then stay kat kampung dalam bape hari dah. and family aku tak sah kalau tak balik tak beli ikan pekasam dekat sorang mak cik ni. even dari dulu selalu pegi rumah dia, aku still tak kenal siapa dia. aku tak tau dia tu sedara aku ke ape.. kt sane aku ramai sedara duduk merata.


kat rumah mak cik tu ade banyak sangat kucing. sume comel. pastu mama mintak la sekor kucing nak bela, sebab dah lame sangat tak bela sejak kucing aku yang Mitchy hilang T_T bawak la balik dari kedah ke rawang. dia duduk senyap je dalam kotak, tapi kotak tu kitorang bukak la bagi dia bernafas and harus la letak dalam kete. kejam sangat kalau sampai letak kat bonet belakang. time tu aku la yang paling tak suka nk bela omei ni. aku dah cakap awal2 dalam kete "kalau dia berak ke ape, dba tak nak basuh" 



omei ni kucing kampung biase je. bulu dia pn biase je. tapi kitorang bagi makan whiskas and sejak tu bulu dia best gila!! macam bulu teddy bear tapi ni lagi versi best punya! sebab kitorang tak ade bagi makan ikan ke ape. kitorang bagi makanan whiskas kucing yang lembut2 tu.. yang macam ni




benda ni dah la mahal gila, 1 pek rm1.50. kadang tu aku gaulkn dengan nasi, jimat la sikit kan. kenyang pn kenyang. tapi sehari 5 6 kali kot makan! lepas tu mama bawak balik dr ofis makanan kucing 1 tray tu terus. aku pn tak paham nape kat ofis mama ade makanan kucing. hahaha


time ni belikan dia baju kt daiso. kan murah je rm5. gambar ni penah masuk dalam entry yang lepas2 punya. tapi yang lame2 kan aku private kan.


tak redha pakai baju ni




tapi omei ni lupa diri sikit. sebabnye dulu kn aku tak suka kat dia. kalau aku pegi sekolah sementara awa ade kt rumah, dia la yang mandikn omei selalu, cuci berak omei bagi makan ape semua. aku balik sekolah buat taktau je dengan omei ni. pastu aku pn suka la kt omei ni, yela semua keje omei awa yang buat. hahaha! yang lupa diri tu, omei tu rapat gila dengan aku! dengan orang lain dia tak rapat hahaha. dia selalu mengendeng kt aku. manja2 dengan aku. kalau orang lain panggil dia wat bodo je. tapi kalau aku panggil sekejap gila dia datang. kadang2 tu dia buat bodoh gak aku panggil. ikut mood dia jugak.




omei dia akan tunggu aku balik dari sekolah. dulu aku pegi sekolah jalan kaki dengan kawan aku kejap. so bila balik sekolah tu kawan aku mesti cakap "eh tu kucing kau dah tunggu kau kt tepi pagar" yes, omei dia memang tiap2 hari tunggu aku tepi pagar bila aku balik sekolah.. bila aku masuk dia pn masuk la. dia memang manja sangat dengan aku.


kalau nak tau, tiap2 pagi omei tu akan ikut aku pegi sekolah. sampaikn aku kene letak dia dalam pagar pastu lari cepat2 tak nak bg dia ikut. haha. so dah balik tu, kadang2 kt longkang depan jalan raya la dia tunggu.. mane2 jela dia akn tunggu aku. kadang2 tergelak je dari jauh dah nampak dia tunggu aku. lorong rumah aku ni betul2 tepi jalan raya nak pegi ke blok 6 ke blok balti ke. ntah la korang tak paham kot. sebab mama tak suka beli rumah yang mengadap rumah orang lain kt depan. suka yang macam depan rumah je takde rumah sape2 tu. ha paham tak? haha. so rumah aku mengadap jalan raya. bukan jalan raya besar, tapi lurus tu je.


penah sekali dia hilang, memang merata aku cari. mama pn macam nak nanges je aku tengok. aku pn cari la cari cari cari last2 kat bilik akak aku yang angah je. tapi perasan la dia jalan jongket2. rupanya kaki dia sakit macam luka besar. bulu2 dia habis gugur, jadi tak cantik. dia pn jenis tak makan, lagi la bertambah kurus. aku selalu balik sekolah ke, time sahur ke, time berbuka ke bagi dia minum dalam botol susu kecik dia sendiri. dia nak ke tak nak ke aku sumbat je. yela kite tak nk bagi dia mati kn, sebab sayang sangat..


dah lame tu dia sihat.. dalam bape bulan ntah dia mati. time tu aku baru balik dari sekolah time petang la, ade koko kot tak silap. time tu tengah jalan pastu nampak ade bdk sekolah darjah 2 macam tu kot tepi jalan. hayun2 omei pakai collar omei. omei dia memang sentiase pakai collar cat. sebab kalau dia tak reti nk menyahut orang panggil, skurangnye dapat dengar loceng dia tu. pastu aku jerit la dari jauh aku cakap "woi adik, kau letak sekarang kucing tu!" betapa marah gila aku time tu. pastu budak tu main campak je omei tepi jalan. ya allah sakitnye hati aku!!


lari la pegi marah budak tu, tengok2 omei dah mati. nak nanges time tu. tapi tahan la. panggil awa. awa terkejut la cakap betul ke omei. dekat pukul 7 macam tu aku, awa, azmirul gilir2 cangkul kubur dia. besar omei ni macam baby okeh -_- dah masuk rumah ape semua dalam bilik tu baru aku nanges. sebab semalam tu omei tiba2 panjat dekat aku, dia nak manja dengan aku. tapi aku malas nak layan, tapi dia ngendeng jugak. mama cakap la layan la omei sebab kesian tengok dia nk manja2. aku pn layan la dia. tu la last dia manja dengan aku.


before ni dia penah kena langgar dengan kete, aina yang nampak. tapi kete tu main bla macam tu je. aina ade msg aku time tu sebab dia tak sure tu kucing aku ke tak. tapi time petang tu aku tengah jalan2 naik basikal. otw nak balik rumah tu, ade sheera, tyra, myra semua naik kete. pastu dorang panggil aku tunjuk gambar betul ke tak tu kucing aku. time tu memang nak nanges dah rase. memang tu kucing aku! dorang ckp kucing aku ade kt kedai kucing medan. terus naik kete tyra tinggalkan basikal kat situ jugak haha



memang laju gila tyra bawak kete. takut plk aku. haha. sampai2 tengok omei nazak. huaaa time tu jugak aku nanges kat kedai tu. time tu dia macam cungap2 macam nak nazak sambil tutup mata. aku panggil la dia cakap "omei.. omei.." pastu terus mata dia terbukak. ade cikgu khalil kt situ, dia cakap la kucing awak ke diba. aku cakap la aah. time tu sebak sangat aku pegi la kt luar kedai tu nanges.. aina la cakap jangan nanges ape sume. insyaallah omei aku boleh selamat. aku pn lap air mata ape sume, usap2 kucing aku tu then terus call mama cakap omei accident. pastu omei okay sikit sebab tengok aku ade dengan dia. aku pn usap2 la dia jangan bagi dia lemah. time tu la aku jaga gila2 omei ni. sedih sangat.






ni kubur dia


RIP omei 

dia always dengan aku. time masuk kn dalam kubur dia tu, aku dengan awa pegang badan2 dia wat kali terakhir. nak ikutkn banyak lagi pasal omei ni. tapi entry ni pn dah panjang. huhu sebak den taip.. tapi insyaallah nanti nak bela kucing lagi. kawan awa nak bagi :) aku memang suka kucing. hehe.. okay itu saje. tata!



LotsOfLove, Diba
Older post Newer post

Diba Nasar



All about me:
Adibah Syahirah's the name. I got my first breathing since 1995. & I blows the candles on Twenty-Eight of October every year. Characteristic? People said I'm talkative, anywhere and anytime. Even though I'm talkative but I'm not the person that have a finger in the pie. Personality? Not too straight, sometimes might be a little bit shy. Emotionally normal with laughter and I am very sensitive person. However, singing and cooking is definitely been liked. I love sky blue and baby pink ! Idol? My Dad and My mom are currently been loved.

Wishlist

I wants:
Ksr or superbike
Drivers License
Motorcycle License
Own a CAR!!
Own a Volkswagen Kombi!!
Mekah one fine day. amin..

more and more...